Posts

Showing posts from January, 2018
Image
TASIK BIRU SEKARANG Gambar diambil menggunakan mod panorama. Pemandangan dari taman permainan di Tasik Biru. Pemandangan dari Drone.
Image
TASIK BIRU ZAMAN DAHULU Keadaan Lombong (Tasik Biru) pada zaman kegemilangannya. Pelombong-pelombong Cina. Orang Bidayuh menjalankan perdagangan berasaskan sistem barter. Tasik biru setelah ditinggalkan.
Image
THE BUS TRAGEDY 1979 Pada 7 Jun 1979 sekitar jam 12.50 tengah hari sebuah  tragedi terjadi di Bau. Sebuah bas milik Bau Transport Company dengan penumpang sebanyak 67 orang terjunam ke dalam Tasik Biru. 29 pelajar dan seorang guru pelatih lemas. Hanya 37 pelajar, pemandu dan konduktor terselamat. Jawatan kuasa Muhibah Daerah Bau di bawah pimpinan Pegawai Daerah, Encik Geoffrey Usa Baling mengadakan mesyuarat tergempar   untuk mengadakan bantuan. Jawatankuasa tersebut menerima sumbangan $66,282.80 dan wang ter sebut didermakan kepada keluarga mangsa.
Image
KISAH MITOS/LAGENDA TASIK BIRU Tasik Biru terletak di pekan Bau, Pekan Bau terletak lebih kurang 45minit dari bandar Kuching. Tasik Biru adalah antara tarikan utama yang akan dilawati pengunjung atau pelawat yang berjalan-jalan dipekan Bau. Tasik Biru ini bukanlah tasik semula jadi tetapi adalah kesan perlombongan yang dijalankan sekitar 1898 hingga 1921. Syarikat yang mengendalikan aktiviti perlombongan ini ialah Mine Parit Tai . Kawasan yang perlombongan yang bertukar menjadi tasik telah menjadi tempat perkelahan oleh orang ramai. Tasik Biru ini mempunyai kedalaman kira-kira 91m (300ft) adalah disalirkan pada tahun 1990 apabila sebuah syarikat perlombongan mahu untuk mengeluarkan bijih emas dari tepi dan bawah tasik. Tasik Biru juga sering dikatakan mempunyai kisah-kisah misteri. Cerita-cerita misteri boleh kita ketahui melalui pertanyaan dengan penduduk di pekan Bau. Antara cerita saya selalu saya dengari, dikatakan di Tasik Biru mempunyai sejenis binatang yang dipanggil R
Image
Lagenda Tasik Biru di Bau Sarawak. Tasik Biru di Bau, Sarawak yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching.Mengikut cerita dongeng penduduk setempat, tasik ini dikatakan menjadi habitat kura-kura emas yang menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai. Dan daripada cerita mitos pula, dikatakan Tasik Biru ini dikaitkan dengan misteri kemunculan tiga raksasa sekitar tahun 1988 yang dikatakan berukuran tiga meter panjang berenang di bawah permukaan tasik mengakibatkan pemandangan cantik ini tampak suram dan menyeramkan. Malah keindahan tasik itu membuatkan penyair Kemala atau Ahmad Kamal Abdullah mengabadikannya dalam sajak 21 baris bertajuk Tasik Biru. Sajak beliau menjadi sebahagian daripada teks mata pelajaran sastera bagi penuntut Tingkatan Satu. Tasik Biru sebenarnya bukanlah tasik semula jadi kerana ia terbentuk daripada aktiviti perlombongan emas yang dijalankan oleh Borneo Company pada 1898. Namun, operasi lombong itu ditutup ekoran banjir yang melanda pada tahun 1921

Kisah Cerita Dan Sejarah Ringkas Tasik Biru Di Daerah Kecil Bau

Image
Dahulunya, Tasik Biru yang terletak di Daerah Kecil Bau merupakan lombong emas yang terkenal di negeri Sarawak. Pernah satu ketika, Tasik Biru dikeringkan semula untuk mengorek emas oleh syarikat negara asing. Mungkin ramai yang tidak tahu, tasik ini menyimpan emas yang paling cantik serta berkualiti di dunia. Pernah satu ketika berlaku pemendapan di beberapa buah tempat di kawasan Bau termasuklah tapak lama Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bau disebabkan perlombongan semula di tasik ini. Akibat daripada pemendapan itu, penduduk di sini marah lalu membantah kerja-kerja melombong semula. Setelah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan, akhirnya pada tahun 1998, air diisikan semula ke dalam tasik ini dan kerja-kerja melombong dengan rasminya ditutup. Berikutan itu, pemendapan berhenti dengan serta merta.