KISAH MITOS/LAGENDA TASIK BIRU
Tasik Biru terletak di pekan Bau, Pekan Bau terletak lebih kurang 45minit dari bandar Kuching. Tasik Biru adalah antara tarikan utama yang akan dilawati pengunjung atau pelawat yang berjalan-jalan dipekan Bau. Tasik Biru ini bukanlah tasik semula jadi tetapi adalah kesan perlombongan yang dijalankan sekitar 1898 hingga 1921. Syarikat yang mengendalikan aktiviti perlombongan ini ialah Mine Parit Tai . Kawasan yang perlombongan yang bertukar menjadi tasik telah menjadi tempat perkelahan oleh orang ramai. Tasik Biru ini mempunyai kedalaman kira-kira 91m (300ft) adalah disalirkan pada tahun 1990 apabila sebuah syarikat perlombongan mahu untuk mengeluarkan bijih emas dari tepi dan bawah tasik.
Tasik Biru juga sering dikatakan mempunyai kisah-kisah misteri. Cerita-cerita misteri boleh kita ketahui melalui pertanyaan dengan penduduk di pekan Bau. Antara cerita saya selalu saya dengari, dikatakan di Tasik Biru mempunyai sejenis binatang yang dipanggil Rabin. Dikatakan ia seperti seekor buaya putih yang boleh merbahayakan orang yang mandi tasik tersebut. Tetapi, saya tidak pasti, kerana banyak cerita lisan yang didengari ddari pelbagai pihak. Dikatakan juga, bahawa satu kumpulan pelombong melihat kura-kura emas dibahagian bawah lombong. Apabila mereka cuba menangkap kura-kura tersebut, ia menguburkan diri dimuka bumi. Begitulah, serba-sedikit cerita-cerita yang dikedengari dari orang-orang kampung. Benar atau tidak, tidak ada kepastian.
Comments
Post a Comment